Friday, May 23, 2014

MENJUNJUNG TITAH...


Sempena 30 tahun negara merdeka, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah mengariskan:

“…..Pada hemat Beta, MIB adalah merupakan satu-satunya pendinding atau ‘Firewall’ yang kukuh lagi berkesan untuk menangani pelbagai isu dan cabaran globalisasi”.

“Globalisasi, dalam realitinya, telah memacu perubahan paling cepat. Penggunaan internet dan pelbagai jenis media sosial pula, telah menjadikan penyebaran informasi sebagai tidak lagi bersempadan. Maklumat-maklumat sudah dapat disalurkan dengan begitu mudah kepada sesiapa sahaja”.

“Ini, memastikan kita perlu bijak dan berhati-hati untuk memperolehi menfa’atnya. Sebaliknya jika kita cuai atau salah guna, maka kesan buruknya, bukan sahaja kepada diri individu, malahan juga kepada negara”

Sehubungan dengan itu, warga media Negara Brunei Darussalam sewajarnya rasa terpanggil untuk sama-sama menyambut titah tersebut.

Selaku pengamal media, mereka perlu sama-sama berada dibarisan hadapan "LINE OF DEFENSE' FIREWALL MIB.

Dalam hal ini Inforium MIB Warga Media diharap dapat dijadikan wadah untk pengamal-pengamal media mengatur langkah kehadapan kearah menyukong dan mendokong titah tersebut.

WA'ALLAHU WA'ALAM

No comments: