AHAD
7 JUN 2015: SESEBUAH organisasi perlu menyesuaikan dan menyelaraskan setiap
perancangan dengan persekitaran kerohanian, politik dan sosial di Negara Brunei
Darussalam yang telah menjadikan konsep Melayu Islam Beraja (MIB) dan Negara
Zikir sebagai cara hidup bangsanya.
Kerana kelalaian dalam mengambil kira perkara
tersebut boleh saja mendedahkan sesebuah organisasi itu kepada risiko kegagalan
yang tinggi dalam perlaksanaan sesuatu dasar dan program pembangunan.
Senario ini antara perkara yang di bincangkan
dalam bengkel dua hari yang bertajuk, ‘Strategic Planning dan Scenario
Building’ (Perancangan Strategik dan Penyediaan Senario).
Bengkel pengurusan anjuran Institut
Perkhidmatan Awam (IPA) itu telah berlangsung di Institut Perkhidmtan Awam Kampong
Rimba Gadong pada Rabu 3 Jun hingga 4 Jun 2015.
Seramai 38 orang kakitangan kerajaan yang mewakili beberapa
Jabatan dan institusi kerajaan turut serta dalam bengkel yang dikendalikan dan
di mudah cara oleh PPP Ilmu Alim, sebuah firma tempatan perundingan pengurusan
dan pembangunan sumber manusia.
Melalui bengkel latihan
Perancangan Strategik dan Penyediaan Senario ini, PPP Ilmu Alim telah mengambil
langkah memperkenalkan modul latihan yang menggabungkan konsep zikir dan Melayu
Islam Beraja dengan konsep pengurusan konvensional.
Ini selaras dengan
hasrat Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan
Negara Brunei Darussalam agar “apa jua perkara yang hendak kita buat, sama ada
ia di peringkat memikir, merancang atau melaksana, hendaklah ingatkan Allah…Kita
perlu tagih berkata dan petunjuk daripada-Nya”
Ia juga selaras dengan
dengan semangat negara sebagai sebuah negara Melayu
Islam Beraja dan Negara Zikir serta moto negara; ‘Sentiasa Berkhidmat Dengan Petunjuk Allah
Subhanahu Wa ta’ala’ selain bertepatan dengan Wawasan Perkhidmatan Awam Negara
Brunei Darussalam Abad ke-21 iaitu:
“Untuk menjadi sebuah institusi yang sentiasa
membangun dan berusaha dengan gayanya tersendiri menurut calak Islam dalam
persekitaran yang sihat dan selamat di bawah inayah dan petunjuk Allah
Subhanahu Wata’ala”
Di awal bengkel
peserta di ingatkan dengan titah hasrat Baginda Sultan tersebut yang telah di
hebahkan pada tahun 2004 sempena Majlis Perasmian Pameran Kepimpinan Raja.
Dalam titah tersebut baginda berseru, “BETA ingin mengingatkan bahawa apa jua
perkara yang hendak kita buat, sama ada ia di peringkat memikir, merancang atau
melaksana, kita hendaklah ingatkan Allah… Kita perlu tagih berkat dan petunjuk
daripada-Nya”
Bertolak dari titah
tersebut, Dato Paduka Malai Haji Ali bin Malai Haji Othman selaku pemudahcara
menjelaskan bahawa program latihan dua hari itu di tambah nilai dengan kaedah PERANCANGAN STRATEGIK dan PENYEDIAAN
SENARIO yang LEBIH EFEKTIF
melalui KONSEP ZIKIR yang akan
menyerapkan kaedah DOA, TAFAKUR, INSAF,
TAUBAT dan TAWAKAL sebagai nilai tambah kepada alat pengurusan
konvensional.
Strategic Planning dan
Senario Building merupakan dua alat pengurusan penting yang perlu di laksanakan
dan ianya dapat membantu sesebuah organisasi memainkan peranan yang lebih
berkesan.
Melalui bengkel ini
peserta-peserta antara lain telah berpeluang menjalani latihan dalam
perkara-perkara berikut dalam proses melakar perancangan strategik dan
peyediaan senario iaitu:
I.
Proses dalam pembentukan strategi
II.
Megenalpasti isu
III.
S.W.O.T Analysis
IV.
Mengumpul dan menganalisa maklumat
V.
Akauntabiliti
VI.
Plan Tindakan dan Perlaksanaan
VII.
Misi, Visi, Nilai-Nilai serta kaedah-kaedah konvensional yang lain yang
perlu
dilaksanakan dalam proses penyediaan senario dan perancangan strategik
dilaksanakan dalam proses penyediaan senario dan perancangan strategik
Sebagai nilai tambah, jelas
Dato Malai Ali, KONSEP ZIKIR dan
elemen-elemen pengurusan dan pentadbiran baik (good governance) yang terdapat
dalam prinsip Melayu Islam Beraja juga diterapkan kedalam konsep perancangan
strategik dan penyediaan senario konvensional
tersebut.
“Ini merupakan satu pendekatan yang mesra
persekitaran kerohanian, politik dan sosial tempatan. Justeru ia perlu dijadikan
amalan oleh setiap penjawat awam yang diamanahkan dengan tanggungjawab
menyediakan perancangan dan plan tindakan sesuatu projek atau program
pembangunan”, tambah Dato Malai Haji Ali.
“Secara ringkas, komponen
penting dan asas dalam KONSEP ZIKIR
ini ialah DOA, TAFAKUR, INSAF, TAUBAT dan TAWAKAL
yang merupakan amalan-amalan terbaik dan dianjurkan dalam psikologi Islam dalam
mengejar kejayaan hidup dunia dan akhirat”.
Katanya melalui bengkel
ini, konsep Zikir dan nilai-nilai Melayu Islam Beraja telah dapat diketengahkan
sebagai amalan dan kaedah terbaik dalam pembentukan strategi (Strategik
Planning), penyediaan senario (Scenario Building), pengurusan dan pemantauan
dasar sesebuah institusi kerajaan
“Contohnya peserta-peserta telah berpeluang meghayati pendekatan Islam
dalam konteks motivasi diri, memantapkan jati diri dan berfikir serta bertindak
sejajar dengan ‘kompas moral’ Melayu Islam Beraja”.
“Peserta-peserta juga berpeluang melalui latihan dalam melaksanakan 5
tuntutan Maqasid (objektif) Syariah
iaitu dalam menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta serta piawaian Islam
dalam proses membuat perancangan strategik dan penyediaan senario”.
“Dalam masa sama kita juga tidak mengenepikan kaedah konvensional
seperti penggunaan konsep P.E.S.T.E.L (Politics, Economic, Social, Technology,
Environment dan Legal) sebagai garis panduan dalam perancangan strategik dan
pengurusan”, jelas beliau lagi.
“Seterusnya
peserta-peserta juga berpeluang membincangkan sambil menghayati konsep
integriti dan akauntabiliti dari perspektif Islam dalam konteks menjaga
hubungan dengan Allah SWT (hablumminallah) dan dengan sesama manusia (habulmminannas)”
Katanya lagi,
“Kearah memantapkan lagi penghayatan peserta-peserta terhadap Melayu Islam
Beraja, program latihan ini juga mengenegahkan Syair Perlembagaan Al-Marhum
Sultan Haji Omar ‘Ali Saiffudien Sa'adul Khairi Waddien sebagai bahan
pembelajaran dalam proses perancangan strategik dan menyediakan senario. Dalam
syair perlembagaan ini terdapat banyak petunjuk-petunjuk penting tentang
disiplin dalam perancangan strategik dan proses pengubalan dasar yang perlu
dijadikan panduan”.
No comments:
Post a Comment